Monday, November 4, 2019

4 November 2019,
Aku merasa buntu, sesungguhnya Allah jualah yg memahami hati-hati hambanya.  Assignment entomologi tangkap serangga belum dimulai, aku rasa kesal, aku tak mampu nak tangkap 50 ekor serangga sorang2.
Secara jujurnya aku adalah budak pendiam, pemalu,  dan tak pernah keluar rumah kecuali ada yg perlu.
Aku rasa dah tak mampu survive dekat universiti ni, Aku ada anxiety, aku ada agarophobia dan phobia2 seangkatan dengannya. Kalau boleh memang aku tak mau keluar rumah, tp bila dirumah aku kadang2 bosanlah jugak sebab aku takdok kawan. Abg aku busy main game. Kakak aku pulak dah kawen n duk kelantan. Aku buntu. Aku cakap kat mak aku ok. Which aku tak nak tunjuk yg aku lemah macam ni. Aku tak nak balik cuti sem ni bab bila aku balik mesti aku ingat nenek aku yg baru meninggal dunia bulan lepas. Aku tak mampu hadapi suasana rumah yg sepi macam tu. Kadang feeling suicidal tu adalah jugak, rasa macam life ni meaningless. Bila dah besar macam ni aku rasa hanyut hilang identiti. Setiap kali bangun azan subuh. Ya memang aku akan secara automatik terbangun masa azan subuh. Aku start rasa masa berlalu terlalu pantas,  dan aku akan sentiasa ada projek2 untuk diri sendiri tidak termasuk assignment. Dalam tempoh uni ni aku rasa aku gagal mengurus masa sebab aku suka dok buat hal sendiri. Aku membesar dalam keadaan yg tidak normal, aku jarang bergaul dengan orang termasuk keluarga terdekat.  Aku hanya ada sorang mak yg memahami. Kakak, abang,bapak dan arwah nenek. Selain drpd itu mmg aku sangat terasing dan jarang bergaul. Aku pun heran ni ka yg dikatakan anxiety. Aku cuba tapi aku sendiri sakit. Aku tak tahu kenapa aku lahir terlalu memendam segala rasa. Aku nak sibukkan diri... Sibukkan diri... Aku tau Allah tu dekat dan sentiasa bagi pertolonganNya. Aku sayang mak aku sebab selama ni dia dah berusaha membesarkan aku wlupun kami org susah...tp aku tak suka jugakla sbb mak aku terlalu ikut cakap anak2 bila mak tanya nak ikut ka majlis itu, ini. Aku apalagi mmg selalu cakap tidak. Smpi skrg aku tak berani keluar rumah. Aku takdok kekuatan. Aku taknak dunia luar ni. Aku nak balik. Tp mak bapak aku hantar belajar so that aku berjaya. Tp aku tak mampu. Tlg jgn paksa batas ni, aku tak mampu nak lift life aku skrg. Satu hal yg aku takut anxiety aku link dengan depression. Aku taknak cukupla sekadar anxiety, aku tak mampu. Aku kena hidup, aku kena kuat, mak bapak aku dah susah payah besarkan aku. Ya Allah engkau sembuhkanlah hambaMu ini. 

No comments:

Post a Comment